NasionalPolitik

Parlimen mesti bersidang enam bulan sejak tarikh akhir

SIDANG Parlimen dikatakan mesti dipanggil dalam tempoh enam bulan selepas kali terakhir bermesyuarat seperti termaktub dalam Perkara 50, Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, jika perkara itu tidak dipatuhi maka, Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong dikatakan melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan sumpah jawatan.

“Banyak pihak memberi pelbagai tafsiran kepada ungkapan ini. Ada yang berkata dalam Bahasa Inggeris, it means ‘it is like yesterday’ atau ‘semalam’.

“Perdana Menteri tidak boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan sebab Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perkara 55 itu, bertanggungjawab memanggil Parlimen dalam masa enam bulan daripada tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas.

“Jika tidak, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri telah melanggar Perlembagaan dan sumpah jawatan.”

Demikian kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah dalam satu kenyataan mengulas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Katanya, titah Agong memaklumkan sidang Parlimen perlu diadakan segera ditafsir ramai pihak sehingga menimbulkan pelbagai pandangan dan spekulasi.

Sementara itu, peguam, Ahmad Fakhri Abu Samah ketika dihubungi Suara Merdeka menjelaskan, Agong tanpa nasihat Perdana Menteri boleh menitahkan Parlimen bersidang bermula pada masa yang dikehendaki.

Katanya, soal nasihat juga tidak dinyatakan dalam Artikel 14 (1) (a) Ordinan Darurat menyatakan baginda boleh secara budibicaranya mengarahkan Parlimen dimulakan.

“Perlembagaan persekutuan akan kekal terpakai walau dalam tempoh darurat memandangkan itu adalah kerangka asas pembentukan sesebuah negara berdaulat.

“Walau pun dalam keadaan Ordinan Darurat dikuatkuasakan, teras kepada perlembagaan berkenaan dengan isu ini masih sama dan tidak diketepikan iaitu kuasa Agong untuk memanggil, prorog dan membubar parlimen, hanya kuasa baginda dilaksanakan atas nasihat jemaah menteri atau atas budibicaranya sendiri.

“Jelas ordinan darurat ini compliment kepada keperluan semasa maka, penterjemahan sepatutnya adalah Agong boleh atas budibicaranya mengarahkan parlimen bersidang tanpa nasihat jemaah menteri.

“Kenyataan Ku Li (Tengku Razaleigh) sangat tepat,” jelasnya. – SM

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button