Nasional

3 lelaki ditahan curi helmet Arai Koi, Samurai

TIGA lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan satu kes pecah masuk kedai hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM72,000 pada 7 Disember lalu di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan pada hari sama kejadian itu berlaku.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam, kita telah menahan tiga suspek lelaki di kawasan Bandar Sri Permaisuri.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Mokhsein, pihaknya telah merampas empat buat helmet jenama Arai, dua buah helmet jenama Shoei dan satu racing suit jenama Alpinestars.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 636 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button