Alam SekitarKebakaran

3 beradik maut dalam kebakaran rumah di Sarawak

LIMBANG: Tiga beradik maut melecur apabila rumah yang didiami bersama enam sekeluarga lain di Kampung Seberang Kedai, Lawas, di sini terbakar malam tadi.

Ketiga-tiga mereka dikenali sebagai Mohd Hesdi Huzaidi Azrie berusia empat tahun dan dua abangnya, Mohd Hezmi Huzaili Azrie dan Mohd Hezry Huzaimi Azrie, masing-masing berusia tujuh dan lapan tahun.

Enam ahli keluarga yang lain dilaporkan melarikan diri dari rumah yang terbakar.

Jurucakap pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, sepasukan tujuh anggota bomba dari balai bomba dan penyelamat Lawas bergegas ke lokasi kejadian, sejauh 17km, selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah sebaik pasukan bomba tiba,” kata jurucakap itu.


Menurut jurucakap itu, enam mangsa yang terselamat dalam kebakaran itu ialah ibu bapa mangsa, Azrie Latip, 45, dan Dayangku Hadianawati, 38, adik beradik mereka, Ariesya Aryana Azrie,14, dan abang Muhd Hezrie Azrie,12, dan datuk dan nenek mereka Awangku Jeman Pengiran Abd Hamid, 72, dan Aminah Matusop, 73.

Operasi memadam kebakaran ditamatkan pada jam 12.45 pagi hari ini dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

(Visited 117 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button