KesihatanNasionalPenyakit

29 kes kematian baharu Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 29 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, enam korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,309.

Perak mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tujuh kes, diikuti Kedah dan Kelantan (masing-masing enam) serta Johor, Pahang, Sabah, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing dua).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 66,455 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 511 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 261 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,007 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah 2,623,816. – SM

(Visited 394 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button