Politik

28 Calon PN tandatangani akujanji antirasuah, tolak salah guna kuasa

AZAM Perikatan Nasional (PN) untuk menolak perbuatan rasuah dan salan guna kuasa dizahirkan dengan komitmen kesemua 28 calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menandatangani akujanji dan melafaz ikrar antirasuah malam tadi.

Komintmen tersebut dilakukan di hadapan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan PN Tanjung Minyak.

Berdasarkan surat akujanji, calon-calon terlibat berikrar bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri Melaka dilaksanakan secara bersih, adil dan bebas rasuah.

Berikut merupakan ikrar yang ditandatangani dan dilafazkan mereka sekiranya terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN):

Dengan sesungguhnya dan suci hati beraku janji dan berikrar:

1. Saya akan mematuhi sepenuhnya undang-undang seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) dan undang-undang yang berkaitan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri;

2. Saya akan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam mencegah sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa;

3. Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa sama ada secara langsung atau tidak langsung; dan

4. Saya akan melaporkan kepada SPRM dengan segera, sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan di bawah seliaan saya.

Muhyiddin mengumumkan komitmen PN dalam menentang rasuah pada Program Pentas PRN Melaka PN pada Khamis lalu.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button