Nasional

Mengubah presepsi masyarakat luar bandar adalah cabaran utama KPLB

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertekad mahu mengubah persepsi masyarakat yang tinggal di luar bandar terutama mereka yang berada dalam kepompong kemiskinan.

Menteri KPLB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berharap stigma sedemikian dapat diubah malah ia menjadi cabaran paling utama kementerian pada masa ini.

“Bagaimanapun cabaran paling utama KPLB masa ini ialah sudut minda masyarakat luar bandar untuk menerima sebarang perubahan lebih baik bagi kelangsungan kehidupan mereka selain bersedia dengan perubahan yang akan dihadapi dalam melaksanakan pembangunan luar bandar,” kata Mahdzir pada sesi sembang santai bersama pengarang media baru-baru ini.

“KPLB tidak dapat menghalang migrasi penduduk khususnya belia dari luar bandar ke bandar kerana menuntut pekerjaan, pendapatan dan infrastruktur yang lebih baik.Oleh itu, KPLB perlu menyediakan semua kemudahan ini supaya walaupun mereka tinggal di luar bandar namun mereka boleh mendapat peluang pekerjaan melalui keusahawanan, program kemahiran serta penyediaan prasarana dan infrastruktur setara.”

“Selaras dengan Wawasan Luar Bandar Sejahtera, KPLB komited membangunkan masyarakat luar bandar, kerangka hala tuju KPLB untuk melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi, pendidikan, prasarana dan capaian internet.” Katanya lagi.

Mahdzir berkata, dalam memastikan sistem penyampaian kepada rakyat luar bandar kementeriannya sentiasa mengurangkan kekangan birokrasi untuk memastikan perkhidmatan yang cekap dan mesra rakyat. Langkah ini penting supaya mesej dan bantuan dapat disalurkan secara efektif kepada golongan sasar yang terkesan. – SM

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button