Nasional

2,144 individu dapatkan rawatan di Mentari tahun lalu

ISU masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat terus meresahkan dan membimbang.

Dilaporkan, seramai 2,144 individu yang mengalami masalah kesihatan mental telah mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) di Terengganu sepanjang tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, untuk tahun ini seramai 1,797 pesakit melibatkan pelbagai jenis masalah kesihatan mental turut mendapatkan rawatan sama sehingga September lepas.

Menurut Kasemani, terdapat dua pusat Mentari di Terengganu iaitu terletak di Wakaf Tapai dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Tambahnya, pusat tersebut menawarkan perkhidmatan psikiatri, kauseling dan psikoterapi kepada individu yang mengalami kemurungan serta pengurusan kes berkaitan tingkah laku bunuh diri.

Selain itu, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu antaranya menyediakan Perkhidmatan Klinik Minda Sihat di semua klinik kesihatan yang telah ditambah baik dan dikendalikan oleh pegawai terlatih.

“Antara inisiatif dan usaha yang telah dilakukan oleh JKNT untuk memperkasakan masyarakat dalam penjagaan kesihatan mental ialah mengukuhkan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial dan penempatan pegawai psikologi kaunseling di peringkat daerah dan klinik kesihatan,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan mental Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Psikiatri HSNZ hari ini. -SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button