Hiburan

18 selebriti Indonesia bakal hadir Malam Gala Tayangan Perdana Syaitan Munafik

SEMPENA malam gala tayang perdana filem berjudul Syaitan Munafik yang bakal berlangsung pada 18 Disember ini, 18 selebriti terdiri daripada pelakon filem dan sinetron dari Indonesia dijangka hadir sama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Kesemua tetamu istimewa ini akan diterbangkan dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur oleh syarikat penerbangan TransNusa yang juga merupakan penaja rasmi penerbangan untuk acara ini.

Menurut penerbit filem Syaitan Munafik, Ray Rusdi, antara selebriti Indonesia yang akan hadir ialah Mayang Lucyana, Dafina Jamasir, Ichal Muhammad, Vanda, Hami DIA, Vinessa Ines, Derick Jordan, Lolly Ismaya, Erlina Sutansyah, Arida Nuraini, Vidya Ully dan Anissa Kayla.

“Penyanyi wanita, Ucie dan juga pemenang Ratu Cantik Indonesia Jawa Tengah, Ilma Fitriana juga dijangka hadir sama.

“Kesemua artis ini merupakan sahabat kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair dan mereka juga pernah berlakon bersama dengan hero filem Syaitan Munafik ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, selain menjadi sahabat arwah Ashraf Sinclair, mereka juga merupakan teman rapat kepada heroin filem ini, Dea Lestari yang juga pelakon dari Indonesia.

 Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, aktres Dea Lestari ketika diajukan pandangannya tentang filem Syaitan Munafik berkata, inilah filem yang ditunggu-tunggu oleh khalayak penonton.

Mengingat kembali produksinya, sudah lama sangat dan mengalami banyak perubahah.

“Selain itu,  jalan cerita atau plot yang diketengahkan pasti akan membuat kaki wayang filem horror Malaysia dan Indonesia, berpuas hati menontonnya,” katanya.

Dafina

Seorang lagi aktres Indonesia, Dafina Jamasir berkata, melihatkan dunia perfileman hari inui yang jauh berkembang, tentu sahaja apabila artis dari dua negara ini dipertemukan dalam satu projek penggambaran filem, kerjasama ini sangat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

“Mulai dari teman baru, pengalaman baru dan projek-projek baru kedepannya yang akan membuat hubungan akan semakin erat untuk Indonesia dan Malaysia,” ujar beliau.

Derick Jordan

Bagi Derick Jordan, jika penerbit Malaysia ingin menembusi pasaran Indonesia, selain penglibatan pemeran kedua-dua negara, promosi mampu menarik perhatian penonton untuk masuk panggung.

“Kalau barisan pelakon dibawa menjelajah dari satu tempat ke satu tempat untuk mempromosikan filem lakonan mereka, kaedah ini mampu memberi impak yang positif,” katanya.

Ichal muhammad

Bercakap mengenai filem Syaitan Munafik, apakah elemen yang mungkin menjadi daya tarikan kepada penonton, menurut pandangan Ichal Muhammad, ini adalah salah satu film terlama yang ditayangkan.

“Pastinya penonton akan sangat penasaran. Mulai dari segi pemain, cerita dan pengambilan gambar, itu sudah sangat bagus.

“Jadi, kenapa harus nonton film Syaitan Munafik? Kerana filmnya seram, seru dan bikin penasaran,” katanya.

Rata-rata, barisan pelakon dari Indonesia berharap filem Syaitan Munafik ini akan mendapat sambutan dari seluruh kaki wayang.

Kata mereka, rakyat Indonesia yang berada di Malaysia juga diharap akan hadir ke pawagam untuk menonton filem ini pada 21 Disember yang akan ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei.

Untuk rekod, lain-lain barisan pelakon filem Syaifan Munafik ialah dari Malaysia,  artis yang turut berlakon dalam filem ini ialah Faizal Hussein, Ruminah Sidek, Dato Jalaluddin Hassan, Linda Hashim, Nabil Ahmad, Bandi Amuk, Siti Khadijah, Erin CTJ, Reeduwan dan Wom UG14. – SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button