Nasional

178,000 disuntik vaksin AstraZeneca di WTCKL

World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) akan menjadi tumpuan 178,000 penerima vaksin AstraZeneca bermula hari ini.

Pengarah Eksekutif WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata, WTCKL menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) suntikan dos AstraZeneca.

Operasi PPV di WTCKL hari ini bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam manakala untuk hari seterusnya 8 pagi sehingga 5 petang.

“Saya mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan untuk seluruh pasukan Program Vaksin AstraZeneca,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Irmohizam turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin atas kesudian ke WTCKL bagi meninjau persiapan PPV berkenaan.

Selain Khairy, beliau turut berterima kasih kepada MOSTI secara amnya selain Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pasukan Pengurusan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) atas kerjasama dan usaha melancarkan Program Vaksin AstraZeneca di WTCKL.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button