Ekonomi

Bank Rakyat dengan kerjasama Surau Al Barakah Bank Rakyat laksana infaq

Menerusi Program Jangkauan Komuniti: Jalinan Ramadan di Perlis dan Kedah, Bank Rakyat dengan kerjasama Surau Al Barakah Bank Rakyat menyerahkan sumbangan infaq hasil kutipan daripada orang ramai berjumlah keseluruhan RM100,000 untuk diagihkan ke seluruh negara. Sumbangan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 1000 buah keluarga.

Inisiatif ini juga telah dilaksanakan di Johor dan Melaka pada minggu lalu.

Menerusi program penyerahan yang diadakan di cawangannya di Kangar, Perlis hari ini, Bank Rakyat menyerahkan sumbangan infaq kepada Masjid Al-Mursyid Guring Pauh yang terletak di Arau, Perlis. Sumbangan ini bagi membantu 25 buah keluarga asnaf.

Sementara itu, Bank Rakyat turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada setiap universiti termasuk Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan UiTM Cawangan Kedah.

Program Jangkauan Komuniti: Jalinan Ramadan anjuran Bank Rakyat ini diharap dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan sekaligus meringankan beban kewangan mereka pada bulan Ramadan, di samping mengeratkan ikatan silaturrahim antara Bank Rakyat dengan komuniti.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani.

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button