Agamapilihan

166 Kakitangan Ganti Kiswah Kaabah Malam Ini Simbolik Tahun Baharu 1444 Hijrah!

Seluruh umat Islam akan menyambut Tahun Baru Islam 1444 Hijrah berbaki beberapa jam lagi dan di Kota Suci Mekah, Arab Saudi, kerja-kerja penggantian kiswah kaabah akan dilakukan pada malam ini.

Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menerusi perkongsian di Twitter menyatakan kerja-kerja penggantian Kiswah akan dikendalikan oleh 166 kakitangan jabatan, sesuai dengan tradisi tahunan.

Bagaimanapun, jabatan hari ini memaklumkan tiada anak bulan Muharram dicerap pada petang Khamis dan kiraan bulan Zulhijjah digenapkan 30 hari (30 Jun – 29 Julai) hari ini (Jumaat).

Sekali gus menjadikan 1 Muharram (Awal Muharram) ditetapkan pada Sabtu sebagai permulaan kalendar Islam di Arab Saudi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button