Luar Negara

13 pekerja lombong arang batu maut pikap ditembak tentera

ANGGOTA pasukan keselamatan melepaskan tembakan kea rah sebuah trak pikap yang membawa pekerja lombong arang batu menyebabkan 13 orang maut di Nagaland, India.

Insiden itu mencetuskan ketegangan di negeri yang bersempadan dengan Myanmar.

Ketua Menteri Nagaland Neiphiu Rio, semalam menyeru semua pihak bertenang dan berjanji akan menyiasat kejadian yang berlaku di kampung Oting di daerah Mon.

Beliau menyifatkan kejadian pembunuhan itu sebagai satu kejadian yang malang dan akan memastikan ia disiasat dengan adil mengikut lunas undang-undang.

Agensi berita PTI ketika memetik seorang pegawai polis tempatan berkata, kejadian pada Sabtu lalu berlaku apabila tentera melepaskan tembakan ke arah trak pikap yang dalam perjalanan membawa pekerja pulang dari lombong arang batu.

Maklumat terperinci mengenai kejadian masih disiasat.

Menurut laman web NDTV, insiden itu mungkin berpunca daripada kesilapan mengenal pasti sasaran ketika tentera sedang mengadakan operasi anti-pemberontak di kawasan itu.

NDTV melaporkan 14 orang maut dalam kejadian itu termasuk seorang tentera.

Menteri Dalam Negeri Amit Shah berkata, kerajaan negeri akan menjalankan siasatan yang menyeluruh berhubung kejadian.

“Saya turut berdukacita dengan insiden itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya. – SM

 

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button