Ekonomi

Mokti’s Ice Cream Gula Apong cadang buka lagi 24 cawangan

Mokti’s Ice Cream Gula Apong yang kini mempunyai 54 buah cawangan di Semenanjung Malaysia mensasarkan untuk membuka sebanyak 24 buah lagi cawangan baru pada tahun hadapan.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Pengiran Muhammad Adil Awang Iskanderndzulkarnein yang merupakan Pengasas syarikat berkenaan yang beroperasi dari Perlis bersama dengan isterinya Siti Fatimah Adnan ketika menyambut keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail ke salah sebuah di antara empat kilang pembuatan aiskrim yang diusahakan oleh syarikat mereka yang semakin terkenal tersebut.

Pengiran Muhammad Adil amat teruja di atas keberangkatan Tuanku Raja Muda yang juga Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah menganugerahkan sijil Sarjana Muda kepada beliau di alam pelajaran dahulu sebagai perangsang yang amat hebat untuk terus berusaha menghasilkan produk yang terbaik.

Menurut beliau, Mokti’s Ice Cream Gula Apong adalah produk yang mula dikenali ramai oleh kerana keunikan rasanya yang tersendiri. Pelanggan Mokti’s terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Aiskrim yang sangat digemari pelanggan dan terkenal adalah ‘Mixed Pandan Apong’.

Mokti’s cuba untuk memperkenalkan gabungan unik antara aiskrim dan gula apong. Mereka bermula hanya dengan menjual aiskrim melalui jualan dalam bonet kereta di sekitar Negeri Perlis dan kini mempunyai seramai 70 orang kakitangan.

Beliau juga bersyukur kerana Mokti’s tetap mampu serta berjaya membuka peluang perkerjaan kepada ramai anak tempatan untuk berniaga dan berkerja walaupun terpaksa mengharungi krisis global akibat penularan wabak Covid-19.

Tuanku Raja Muda berangkat singgah di Mokti’s sempena Program MAIPs Peduli dan sebelum itu berkenan menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada Abdul Halim Md Said 47 penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’ dan ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’, Aishah Ismail 87 penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’ serta Tengku Rokiah Tengku Ahmad 78 penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’. Masing-masing yang tinggal di pinggir bandar Kangar menerima agihan sumbangan berjumlah RM700 tunai, Kit MAIPs Peduli dan juga beras fidyah daripada baginda.

(Visited 756 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button