Politik

Pas Melaka sedia terima Muhammad Jailani Khamis

Pas Melaka tiada halangan untuk menerima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dari Barisan Nasional (BN) jika benar beliau ingin menyertai parti itu.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Asri Shaik Abdul Aziz berkata, Pas bersikap terbuka menerima bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) itu jika beliau sanggup mengikut apa yang diperjuangan oleh parti itu.

Asri Shaik Abdul Aziz.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui hasrat ADUN Rembia itu ingin menyertai Pas melalui media sosial mengenai hasrat seorang ADUN dari BN ingin menyertai parti itu yang menjadi sekutu dalam Perikatan Nasional (PN).

“Setakat ini tidak ada sebarang rundingan antara Pas negeri dengan Muhammad Jailani secara bersemuka berbincang mengenai hasratnya.

“Kita tidak melihat sebarang halangan untuk menerima sesiapa sahaja ADUN dari BN yang berhasrat untuk bersama PAS Melaka begitu juga jika ada ADUN dari DAP sekali pun kita terima.

“Sebenarnya kita menerima sesiapa sahaja untuk menyertai parti ini tanpa sebarang syarat kerana apa yang penting mereka bersedia mengikut apa yang diperjuangkan selama ini,” ujarnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut Asri berkata, PAS Melaka mengikuti dengan dekat
perkembangan berita kemungkinan ada ADUN Melaka yang akan menyertai PAS.

Menurutnya, PAS sebagai perjuangan politik Islam mengalu-ngalukan sesiapa sahaja yang menerima Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan penyelesaian kepada masalah negara yang berpunca dari kegagalan mendukung prinsip-prinsip politik Islam dalam Pentadbiran.

“PAS sentiasa menjunjung politik bebas rasuah, bebas salahguna kuasa dan urus tadbir yang jujur dan berintegriti,” ujarnya lagi.

Akhbar sebelum ini melaporkan terdapat khabar angin mengaitkan seorang ADUN dari BN akan menyertai Pas.

Muhammad Jailani bekas Exco Melaka sewaktu pimpinan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tersisih daripada jawatan yang disandang selepas ADUN Tanjong Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 31 Mac lalu. – SM

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button