Negeri

Pemangku Raja Perlis rasmi forum perdana anjuran KUIPs

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Forum Perdana: Suburkan Hartamu Dengan Berwakaf anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, malam semalam.

Program ini dilaksanakan sempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Ke-80 dan juga Mesyuarat Institusi Pengajian Tinggi Milikan Negeri (IPTN) Bilangan Ke-2 bagi tahun 2023 anjuran KUIPs pada kali ini.

Sempena forum itu, ucaptama disampaikan oleh Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Dua panel undangan yang berkongsi pengalaman serta pandangan di program tersebut ialah Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Prof. Dr. Muhammad Rozaimi Ramle dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bank Rakyat, Prof. Dr. Azman Mohd Noor.

Moderator forum pula Amin Idris. – SM

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button