fbpx
Nasional

12 individu dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara

Lantikan 10 ahli tetap dan dua ahli bersama bagi sesi 2020-2021

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan melantik 12 ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) terdiri daripada 10 ahli tetap dan dua ahli bersama bagi sesi 2020-2021.

Menurut kenyataan kementerian itu, mereka yang dilantik menerima surat pelantikan daripada Menteri, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee semasa Mesyuarat Pra-Majlis MPPN di Wisma Tani Putrajaya hari ini.

Mereka yang dilantik sebagai ahli tetap ialah Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, Prof. Datin Paduka Fatima Mohamed Arshad, Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang dan Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.Kehadiran Dr. M Ke Persidangan DAP Bersifat Hipokrasi - MYNEWSHUB

Lima lagi individu yang dilantik ke jawatan tersebut ialah Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff, Prof. Dr. Suhaimi Napis, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian serta Prof. Dr. M Niaz Asadullah.

Sementara Dr. Yasmin B.H. Ooi dan Datuk Raghu Loganathan Pillai merupakan dua individu yang dilantik sebagai ahli bersama.

Menurut kementerian itu lagi, individu terbabit bertindak sebagai badan penasihat tertinggi kepada Kiandee dalam mengenal pasti isu-isu berkaitan sekuriti makanan serta sektor pertanian dan industri makanan, langkah-langkah intervensi yang sesuai serta mencadangkan hala tuju baharu sektor tersebut mengikut perkembangan dan keperluan semasa secara menyeluruh serta holistik.

“MPPN ini juga akan bertindak sebagai pelengkap kepada strategi-strategi yang didukung oleh kementerian agar lebih efisien dan produktif,” ujar kenyataan itu.

Beberapa pendekatan baharu akan diperkenalkan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan MPPN yang antaranya, Kiandee sendiri akan mempengerusikan majlis itu untuk terlibat secara langsung bersama pakar serta pemain dalam sektor pertanian dan industri makanan.

Jelas kenyataan itu, ia bertujuan membawa perubahan dasar bagi memanfaatkan golongan petani, nelayan dan penternak serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan dapat meningkatkan hasil pendapatan negara secara keseluruhannya.

Pada masa sama, nama MPPN akan dipinda kepada ‘Majlis Penasihat Pertanian dan Industri Makanan Negara’ berdasarkan skop baharu kementerian tersebut yang turut merangkumi industri makanan, maklum kenyataan itu lagi. – BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button