Hiburan

Syamsul Yusof nikah dengan Ira Kaza-Puteri Sarah

PELAKON dan juga menantu kepada produser terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam, Puteri Sarah mencetuskan persoalan apabila dia memberi bayangan suaminya, Syamsul Yusof sudah bernikah dengan anak penyanyi dan pelakon lelaki, Kazar Saisi,  Ira Kazar menerusi perbualan dengan pengikutnya yang  dimuat naik di Insta Storynya.

Sarah menerima mesej daripada salah seorang pengikut IG Storynya yang  mendakwa Syamsul dan Ira sudah berkahwin.

Walau bagaimanapun Sarah mengatakan dia sama sekali tidak tahu-menahu tentang perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Sarah meluahkan rasa kesal kerana ditipu serta menyindir Syamsul dan Ira yang dirasakannya masih menjalin hubungan mesra.

“Soroklah selagi boleh sorok, kebenaran akan terserlah suatu hari nanti. Seorang narsistic seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran.  Saya sudah selesai dengan ketoksikan.

“Penipu akan sentiasa jadi penipu, Selamat maju jaya kepada anda berdua. Kedua-duanya adalah toksik” dakwa Sarah dalam catatannya.

Ujarnya, dia tahu mengenai hal hubungan di antara Syamsul dan Ira sebelum anak keduanya, Sumayyah dilahirkan.

Malah dia juga turut meluahkan rasa kesal dengan sikap orang sekeliling yang mana dalam hal ini, mereka merasakan diri mereka betul dan dalam masa yang sama, memanipulasi dirinya.


Terdahulu Sarah menfailkan saman terhadap Ira kerana didakwa mengganggu ketenteraman dirinya dan keluarga di media sosial.- SM

Baca Juga > Penyanyi Melayu guna nama Moslem Priest terima pujian menggunung

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button