BanjirNasionalNegeriUncategorized

Banjir 3 negeri: 172 mangsa dipindahkan ke PPS

SERAMAI 172 mangsa banjir di beberapa negeri terpaksa ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Portal Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan pada pukul 4 pagi tadi, mangsa terdiri daripada 45 keluarga yang tinggal di beberapa kawasan di Johor, Sabah dan Sarawak.

Di Johor Bahru, 17 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara

Di Beaufort, Sabah pula, 51 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir.

Sementara itu di Papar, 10 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke PPS Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya.


Di Penampang, 61 mangsa banjir daripada 11 ahli keluarga berada di PPS Dewan Program Perumahan Rakyat Sri Keramat, Putatan, menurut Berita Harian.

Sementara itu, di Miri Sarawak pula, Nadma merekodkan 28 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke Dewan Masyarakat di Bekenu manakala lima lagi mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah, pagi tadi. – SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button