Politik

107 MP sokong PH tak termasuk bebas

SERAMAI 107 Ahli Parlimen (MO)yang disebut Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Pakatan Harapan tidak termasuk Ahli Parlimen Bebas.

Menurut Pejabat Anwar, jumlah tersebut berdasarkan bilangan yang diwakili setiap parti yang hadir sewaktu mesyuarat Pakatan Harapan (PH) bersama Bersatu dan Warisan pada 9 Jun lalu.

Jumlah itu juga tidak termasuk pihak lain yang tidak hadir di dalam mesyuarat tersebut.

“Ingin dimaklumkan bahawa jumlah 107 Ahli Parlimen seperti yang diperjelas sewaktu sesi Facebook Live beliau pada 10 Jun 2020 adalah berdasarkan jumlah yang diwakili setiap parti yang hadir sewaktu mesyuarat Pakatan Harapan (PH) bersama Bersatu dan Warisan pada 9 Jun 2020.

“Dan belum mengambil kira Ahli Parlimen Bebas ataupun mana-mana pihak lain yang tidak hadir di dalam mesyuarat tersebut,” kata Pejabat Anwar dalam satu kenyataan.

Penjelasan tersebut dibuat berikutan banya berkenaan jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat terhadap Pakatan Harapan, Warisan, dan kumpulan Bersatu yang bersama Tun Dr.  Mahathir Mohamad.-SM

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button