BanjirLuar Negara

Bangkok banjir hujan lebat sejak minggu lepas

BEBERAPA kawasan rendah dan jalan di Bangkok, Thailand terutamanya di kawasan sepanjang sungai dan terusan dilanda banjir sejak minggu lepas.

Hujan paling lebat dicatatkan dalam tempoh dua dekad di negara gajah putih itu juga diramalkan berterusan di seluruh negara sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Thailand dalam kenyataannya  memaklumkan, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada kerana hujan lebat tanpa henti boleh mencetuskan banjir kilat dan limpahan air terutamanya di kawasan laluan air, kaki bukit dan kawasan rendah.

Petugas Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) dilaporkan telah memulakan kerja-kerja pembersihan di sepanjang sungai dan terusan dan berusaha mengalirkan air bertakung.

Orang ramai yang berada di kawasan yang rendah kelihatan sibuk membuat penghadang dan menimbun guni pasir di hadapan pintu masuk kedai dan kediaman masing-masing bagi mengurangkan risiko kerugian akibat banjir.


Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Anupong Paochinda berkata, angin monsun Barat Daya dan angin kencang yang bertiup dari Teluk dan Laut Andaman turut mempengaruhi hujan lebat dan banjir di banyak kawasan rendah.

“Sejak 1 September, 31 wilayah terjejas dengan banjir kilat susulan hujan lebat dan paras air sungai yang meningkat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Varawut Silpa-archa memberi jaminan kejadian banjir pada 2011 yang melumpuhkan banyak kawasan tidak akan berulang.

Beliau berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau keadaan dengan teliti dan melakukan yang terbaik untuk menanganinya. – SM

(Visited 46 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button