HiburanUncategorized

10 tahun kerja baru dapat beli kereta

MENJADI seorang anak seni yang tidak mempunyai pendapatan tetap pastinya menyukarkan seseorang itu untuk membeli aset seperti rumah dan kereta.

Bagi pelakon yang sudah mempunyai nama dan bayaran yang tinggi, pastinya tidak mempunyai masalah untuk membeli secara tunai.

Namun bagi pelakon yang tidak tersenarai dalam gred A, ada kesukaran buat mereka untuk membuat pinjaman dan sebagainya.

Baru-baru ini, pelakon, Shakilla Khoriri menerusi akaun Instagramnya berkongsi detik manisnya memiliki kereta sendiri selepas 10 tahun bergelar pelakon.

Shakilla mengakui kerjanya sebagai anak seni dengan gaji yang tidak menentu membuatnya sukar untuk memiliki kereta baharu.

BACA> Mana ada daif, saya selesa hidup begini -To’ki

“Penyudah beli kereta sambung bayar yang setiap kali banyak ragam dan banyak kosnya.

“Alhamdulillah, walau macam mana pun bekas-bekas kereta saya dulu sebab dah banyak berjasa bawa aku kerja dengan family jalan-jalan.

“Mungkin Allah bagi saya rezeki pinjaman sikit untuk rasa macam mana rasanya ada kereta sendiri,” katanya.

Kegembiraan itu turut dikongsi peminatnya yang menganggap penantian Shakilla itu sebagai sesuatu yang sangat berbaloi.

BACA> Pencipta Upin Ipin dapat ‘Diamond Creator Award’

Mungkin pembelian kereta ini nampak kecil bagi sesetengah orang yang mampu dan berkelayakan.

Namun bagi mereka yang tidak berkelayakan, memiliki sebuah kereta baharu walau axia sekalipun pastinya sudah cukup memberikan kegembiraan. -SM

(Visited 633 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button