Nasional

10 juta topeng muka akan dibawa masuk dari China

Sebanyak 10 juta topeng muka daripada China akan dibawa masuk secara berfasa.

Ini bagi menampung kekurangan bekalan dalam negara berikutan penularan jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata secara dasarnya persetujuan telah dicapai dengan kerajaan China.

Kataya, urus kerja untuk membawa masuk bekalan sedang diurus Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama syarikat penerbangan.

“Kami sedang muktamadkan di bawah Kementerian Pengangkutan… akan bermula secepat mungkin… urusan sudah dimuktamadkan, fasa pertama, berapa banyak dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, di Putrajaya hari ini. – BERNAMA

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button