Nasional

Zon Maritim Kuala Perlis wakili agensi keselamtan terima kuih raya SUK

AIDILFITRI bakal menjelang. Sudah pasti petugas barisan hadapan yang tidak dapat berhari raya bersama keluarga kerana menjaga keselamatan negara tidak pernah dilupakan.

Atas penghargaan di atas pengorbanan itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis telah menghulurkan sumbangan kueh raya untuk petugas barisan ini.

Majlis sumbangan penyerahan kueh raya itu telah diadakan di jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis, semalam.

HAMDAN BAHARI (duduk tengah) dan Mohd Zawawi Abdullah (duduk dua dari kanan) bergambar dengan penerima sumbangan kueh raya di jeti Zon Maritim Kuala Perlis, semalam. GAMBAR IHSAN ZON MARITIM KUALA PERLIS

Pengarah Maritim Kedah/Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah mewakili seluruh agensi keselamatan dan petugas barisan hadapan di Perlis.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Hamdan Bahari.

Hamdan telah menyampaikan sumbangan kuih raya kepada 18 agensi  keselamatan dan petugas barisan hadapan di Perlis.

Antara agensi keselamatan yang hadir untuk menerima sumbangan adalah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis, Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),

30 Briged, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Marin Kuala Perlis.

Hamdan juga menyampaikan 19 bakul makanan kepada wakil nelayan Kuala Perlis.  – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button