Zahidi Hamidi tiba mengadap YDPA
PRESIDEN Parti UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi menjadi pemimpin parti politik ke sembilan yang hadir mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Zahid hadir kira-kira pukul 9.55 pagi tadi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum telah berkenaan menerima sembah menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin DAP Lim Guang Eng, pemimpin Amanah Mohamad Sabu, pemimpin Pejuang Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan) dan Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA).
Parti PAS juga telah mengadap YDPA pada pagi semalam dengan kehadiran Timbalan Presiden parti tersebut iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man.
Berdasarkan kenyataan Anwar Ibrahim ketika bertemu pihak media selepas mengadap YDPA pada kelmarin, sesi perbincangan lebih terarah kepada isu-isu Covid-19, vaksin dan ekonomi negara. -SM