Politik

Zahid yakin Tajuddin mampu pikul tanggungjawab

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mampu memikul tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dilantik berkuat kuasa semalam menerima surat pelantikan daripada Zahid.

Menurut Ahmad Zahid, skop tugasan dan tanggungjawab jawatan akan dimaklumkan kelak kepada Ahli Parlimen Pasir Salak itu, sebagaimana yang terkandung di dalam surat pelantikan tersebut.

“Saya percaya, YB (Yang Berhomat) Datuk Seri dapat memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab ini seterusnya dapat membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-15 akan datang,” kata Pengerusi BN itu.

Seterusnya, di dalam platform media sosialnya, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata perlantikan Tajuddin adalah untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN bagi meneruskan perjuangan membela rakyat.

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button