Politik

Zahid ucap tahniah pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Katanya, ucapan tahniah itu disampaikan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO secara maya malam tadi.

“Presiden UMNO turut merakamkan ucapan tahiah kepada Datuk Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Sementara itu Ahmad berkata, mesyuarat MKT UMNO turut mengambil keputusan bahawa ahli-ahli parlimen UMNO boleh menggunakan budi bicara sekiranya berlaku pengundian pada sidang Dewan Rakyat nanti.

Bagaimanapun mereka perlu menjadikan semua keputusan parti sebagai panduan ketika melakukan pengundian.

“Majlis Kerja Tertinggi juga telah mengambil keputusan bahawa ketika sidang parlimen nanti ahli-ahli parlimen UMNO boleh menggunakan budi bicara mereka apabila berlaku sebarang pengundian.

“Namun, difahami bahawa semua keputusan parti mestilah dijadikan panduan oleh ahli-ahli Parlimen UMNO dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab mereka,” katanya.-SM

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button