Politik

Zahid: Saya menolak banyak tawaran untuk beli atau pecah belahkan UMNO

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat pihak yang mahu membeli sokongan daripada UMNO tetapi gagal dan kini mereka cuba memecahbelahkan parti itu,

“Saya menolak setiap tawaran. UMNO tidak akan menukar tuannya.

“Tuannya adalah rakyat, dan kami tidak akan pernah hancur di bawah tekanan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

Ahmad Zahid berkata, dia bersyukur kerana dia tidak bersendirian dalam menangkis musuh parti.

“Saya gembira mempunyai pasukan yang baik. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pemimpin parti di semua peringkat kerana membantu saya memperkuatkan Umno,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin Umno tidak mudah tertipu kerana terpengaruh dengan tawaran dan taktik pujukan lain yang digunakan oleh pihak luar ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button