Nasional

Zahid nafi letak jawatan sebagai Pengerusi BN, Presiden UMNO

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan beliau akan berundur sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO seperti yang didakwa dalam satu kenyataan media yang tular di media sosial.

Dalam catatan di laman Facebook rasminya, Ahmad Zahid berkata, kenyataan media yang tular itu adalah satu penipuan dan direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kenyataan yang mengandungi kepala surat BN Malaysia bertarikh 22 November itu mendakwa satu mesyuarat tergempar telah diadakan dalam kalangan pemimpin parti komponen BN semalam bagi memutuskan beberapa perkara termasuk gabungan yang akan mereka sokong untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu.

Kenyataan itu juga menyebut Ahmad Zahid berhasrat meletak jawatan daripada dua jawatan parti berikutan prestasi hambar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memikul tugas itu sehingga pemilihan parti pada Januari 2023.

Pada PRU15, BN hanya memperoleh 30 kerusi manakala Pakatan Harapan memperoleh jumlah tertinggi iaitu 82, diikuti Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak(23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (setiap satu), dan bebas, dua. -SM

 

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button