Politik

Zahid Hamidi tetap “bersemut” jengah Laman Media

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempat meluangkan masa menjenguk ke Laman Media sebagai tanda penghargaan terhadap para petugas media yang membuat liputan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU)2022 yang berakhir hari ini.

Selama empat hari sejak 11 Januari lalu, 5,232 perwakilan daripada 189 bahagian berhimpun di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur untuk persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Tanpa ada sidang akhbar Zahid juga meluangkan masa bersama pengamal media yang menyambut ulang tahun kelahiran yang jatuh pada bulan Januari sempena PAU2022.

Zahid yang hari lahirnya jatuh dalam bulan ini juga, diraikan dengan sebiji kek dengan nyanyian Happy Birthday to you.

Bersalaman, bertanya khabar dan bergambar bersama Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, pemimpin nombor satu parti segak memakai baju Melayu berwarna biru lengkap bersamping dan bersongkok.

Berwajah ceria, segar dan energetik Zahid melangkah keluar meninggalkan Laman Media menuju ke dewan untuk mendengar perbahasan usul yang bersambung sejak pagi tadi. – SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button