Nasional

Zahid Hamidi suntik semangat baharu KKDW

MENTERI Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyuntik satu semangat baharu dalam kalangan kakitangan KKDW dengan mencadangkan setiap agensi di bawah kementerian tersebut mengadakan persembahan pada setiap perhimpunan bulanan.

Beliau berkata, dalam KKDW terdapat banyak agensi dan mulai Januari (bulan ini), setiap perhimpunan bulanan akan diadakan persembahan daripada agensi-agensi di bawah KKDW.

“Tujuan diadakan persembahan bulanan ini adalah bagi mengimbangi antara kerja, riadah dan kesenian,” katanya pada perhimpunan bulanan kementerian, hari ini.

Beliau berkata, persembahan yang diadakan itu nanti juga dipertandingkan dan ada hadiah yang menanti.

“Tempat pertama akan menerima wang berjumlah RM50,000. Tempat kedua, RM40,000 dan tempat ketiga, RM30,000. Lain-lain peserta juga akan menerima hadiah,” ujarnya.

Format pertandingan persembahan ialah setiap persembahan bulanan akan diadili oleh beliau sendiri dan timbalannya untuk diberikan hadiah utama selepas semua agensi mengadakan persembahan masing-masing di perhimpunan bulanan.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi pencerahan bahawa wang hadiah pertandingan persembahan itu tidak menggunakan duit kementerian dan bukan duit rasuah.

Namun sumber kewangan yang akan dijadikan sebagai hadiah nanti tidak pula dinyatakan oleh Zahid secara spesifik.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, tujuan hadiah diberi kepada pemenang persembahan adalah untuk membeli kelengkapan para pasukan yang membuat persembahan.

“Sebagai contoh, untuk beli baju atau peralatan muzik. Kalau ada lebih, boleh diberi sebagai hadiah kemenangan. Itu dibolehkan,” katanya dan disambut baik oleh seluruh warga kerja KKDW dengan tepukan gemuruh. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button