Nasionalpilihan

Zafrul dakwa ada beberapa ‘kesilapan fakta’ pada afidavit Zahid

MENGAKU ada melihat melihat afidavit yang dikemukakan presiden parti UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bagi menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak mendapatkan kebenaran menjalani hukuman penjara di rumah, namunAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ada ‘kesilapan fakta’.

Tengku Zafrul menjelaskan terdapat beberapa ‘kesilapan fakta’ yang terkandung pada dokumen berkenaan.

“Sehubungan itu, saya telah mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai dan akan membuat permohonan kepada mahkamah tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavit saya bagi memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit berkenaan,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri memberitahu tindakan tersebut bukan untuk mempersoalkan merit isu yang sedang berlagsung.

“Saya hanya ingin memastikan bahawa fakta sebenar direkodkan dengan betul supaya semua pihak, khususnya mahkamah tinggi, dapat menilai kesemua fakta material dengan wajar,” katanya. – SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button