Rencah HidupUncategorized

Youtuber Ita Khairi tarik perhatian memasak sambil berceloteh kelakar

RAMAI yang mencuba nasib untuk menjadi Youtuber. Hakikatnya laluannya tidak mudah, segalanya bergantung kepada rezeki seseorang.

Sabarita Mohamad atau Youtuber Ita Khairi

Salah seorang Youtuber masakan, Ita Khairi atau nama sebenar Sabarita Mohamad, 50 yang berasal dari Kampung Kerisek, Mata Ayer, Perlis ini menyifatkan dirinya tergolong dalam yang bernasib baik kerana salurannya kini mencapai 888,000 “subscribers”.

Katanya, video pertama yang dilancarkan pada 5 September 2020 dengan resipi “asam pedas utara” telah mencapai 1,000 “subscribers” sebulan selepas itu.

Sabarita yang membahasakan diri sebagai “Che Ta” memberitahu idea menjadi youtuber masakan ini adalah daripada suaminya ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun pada peringkat awal beliau beberapa kali menangguh kerana kurang yakin untuk beraksi depan kamera.

Akui Che Ta, suaminya Khairi Che Ani, 54 bukan sahaja menjadi pendorong malah sebagai di belakang tabir apabila bertugas mengambil video dan juga editing.

“Suami sebenarnya yakin saya mampu mempunyai saluran Youtube sendiri kerana mampu berceloteh kelakar sambil memasak,” katanya ketika ditemui Suara Merdeka baru-baru ini.

Jadi tidak hairanlah, selain sarat dengan petua masakan, pelayar saluran Youtube Che Ta sentiasa terhibur dengan lawak jenakanya.

Che Ta kini mencuba pernigaan Sambal Bilis Garing

Realitinya Che Ta memang dikenali di kalangan rakan sejak sekolah lagi sebagai “pak lawak” yang kini menjadi antara keunikan saluran youtube suri rumah yang suka memasak ini.

Lebih menggelikan hati, ada kala Che Ta akan melatah sehingga membuatkan yang menonton ketawa sendirian.

Yang menarik, sehingga kini daripada 120 video masakan yang dihasilkan oleh Che Ta adalah resipi warisan masakan lama.

Kebanyakannya masakan orang Perlis seperti kurma daging, gulai udang buah setoi,  nasi ganja, sayur rebung Perlis dan terbaharu masakan bubur kacang hijau.

Kata Cik Ta, sebolehnya dia akan pastikan setiap perkongsian resepi benar-benar difahami pelayar dan apabila dibuat “menjadi”.

Apa yang penting, Che Ta mahu berkongsi ilmu dan petua masakan yang kebanyakan diwarisi dari arwah ibunya untuk mendapat ganjaran pahala berpanjangan.

Sekalipun sekarang Che Ta menetap di Kulim, Kedah tetapi apa yang menarik pertuturannya pekat dengan “pelat” Mata Ayer.

Konsep pelat kampung Mata Ayer di mana Che Ta dibesarkan ini memang sengaja dikekalkan sebagai keunikan pada saluran youtubenya.

Sekalipun mengalas tanggungjawab sebagai Youtuber, beliau juga sibuk dengan perniagaan baharunya  iaitu menghasilkan “Sambal Bilis Garing Che Ta”. – SM

(Visited 635 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button