Yayasan PEKEMA raikan bersama anak-anak asnaf dan tahfiz beli belah baju raya di Mydin
BAGI meraikan anak-anak asnaf dan tahfiz seramai 250 orang, Yayasan PEKEMA (Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) mengambil kesempatan membeli belah baju raya di Pusat Beli-Belah Mydin pagi tadi.
Program amal ini bertujuan untuk berkongsi rezeki secara tahunan dan menjadi antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan PEKEMA agar sama-sama bergembira kepada mereka yang memerlukan di Hari Raya.
Menurut Presidennya, Datuk Hj Mohamed Nazari Noordin, program ini berkongsi rezeki dan memberikan kegembiraan terhadap mereka agar nikmati raya kali ini lebih ceria dan bahagia.
“Mereka yang terdiri daripada 250 anak-anak asnaf dan tahfiz menerima sumbangan baucar bernilai RM200 setiap seorang untuk membeli kelengkapan baju raya. Program yang dijalankan Yayasan PEKEMA ini adalah sebagai satu usaha menyantuni dan membantu komuniti setempat.
“Sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan sedikit beban mereka dan menghulurkan nikmat berhari raya agar lebih bermakna serta menyemarakkan keindahan bersedekah di bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan,” katanya ketika ditemui pada Program Shopping Raya Yayasan PEKEMA Bersama Anak-Anak Asnaf dan Tahfiz.
Nazari berkata, anak-anak asnaf dan tahfiz yang diraikan itu terdiri daripada Persatuan Kebajikan Al Rayyan Malaysia (OKU mata), Anak-anak Kampung Lanchong, Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum dan Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab, Kg Paya Beranang.
“Mereka yang dilibatkan dalam program ini adalah cahaya-cahaya harapan dalam komuniti kita, justeru dengan menyediakan sumbangan dan keperluan untuk menyambut hari raya, kami berharap dapat meringankan sedikit beban mereka serta memberi mereka pengalaman menyambut Hari Raya dengan lebih bermakna.
“Kita semua mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyokong dan membantu sesama kita, terutamanya mereka yang memerlukan bantuan. Program ini adalah satu usaha kecil dari Yayasan PEKEMA untuk membawa sinar kebahagiaan dan keceriaan kepada mereka yang memerlukannya.
“Selain program shopping raya, Yayasan PEKEMA turut mengadakan majlis iftar bersama anak-anak asnaf, tahfiz dan para jemaah di Masjid Muhammadi, Kuala Lumpur,” jelasnya.
Turut hadir pada program tersebut adalah Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin dan isteri, Timbalan Presiden PEKEMA, Dato’ Hj Wan Sazrudeen Dato’ Hj Wan Zaid, Setiausaha PEKEMA, Ahmad Faresh Ahmad Zahid dan ahl-ahli jawatankuasa PEKEMA.
Artikle Berkaitan :>