Nasional

Widad Business Group Terokai Industri Pertahanan Tempatan

Widad Business Group dengan keupayaan kewangan yang stabil dalam mengerakkan perniagaannya, merupakan satu daripada lapan syarikat kontraktor utama Bumiputera tempatan dan konglomerat pembinaan serta perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadu kini menerokai peluang dengan meluaskan perniagaannya dalam aspek pertahanan dan keselamatan bagi menyokong industri pertahanan tempatan.

Penglibatan kali pertama mereka dalam Pameran Defence Services Asia (DSA) & NATSEC Asia 2022 dilihat sebagai platform untuk mereka bergerak ke hadapan menyahut aspirasi kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kini mereka di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) menjayakan pameran antarabangsa ini dan penglibatan dalam industri pertahanan bukanlah untuk bersaing dengan pemain-pemain industri yang lain.

Kehadiran mereka adalah untuk bersama menyemarakkan lagi industri pertahanan negara serta menyambut hasrat kerajaan mengembangkan lagi industri pertahanan ini yang dilihat memerlukan sokongan berterusan.

Di DSA mereka memperkenalkan produk-produk inovatif peralatan ketenteraan yang sudah tentu dapat membantu meningkatkan lagi industri strategik ini.

Asas mereka adalah tertumpu kepada konsep konsesi dan sewaan masa panjang agar pelanggan mereka tidak terkekang dengan limitasi kewangan terutama aspek selenggaraan peralatan yang tinggi di dalam agensi di sektor pertahanan dan keselamatan.

Mereka kini mengorak langkah kehadapan dengan Widad Defence yang akan beroperasi tidak lama lagi di samping anak syarikat yang lain Global Mahawangsa Sdn Bhd, Widad Skycore Sdn Bhd, Wardah Comunication Sdn Bhd. sebagai sokongan dan usaha ke arah mengembangkan perniagaan dalam bidang pertahanan.

Kredibiliti mereka dibuktikan dengan diberi kepercayaan mengambil alih aspek pengurusan selenggaraan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bukit Lunchu, pembekalan motosikal scrambler dan payung terjun bebas untuk Tentera Darat Malaysia (TDM).

Mereka juga kini juga memandang kehadapan untuk mengeluarkan payung terjun tempatan berkolaborasi sebuah syarikat di US iaitu Tactical Parachute Delivery Systems (TPDS) yang terkenal dengan pengeluaran payung terjun berkualiti tinggi dan premium.

Penyertaan mereka dalam pameran antarabangsa yang merupakan kali pertama ini turut membawakan sistem peluru berpandu anti pesawat untuk diperkenalkan konsep secara sewaan di samping ground surveilance radar.

Layari portal mereka untuk maklumat lanjut: https://widadbusinessgroup.com

Kredit: Angkatan Tentera Malaysia

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button