Politik

Wawancara Mat Maslan tentang pindaan Perlembagaan parti dan ROS tidak tepat, terkhilaf

SEMALAM, Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tampil diwawancara dalam satu program portal berita. Tajuk wawancara mereka, UMNO, Apa Cerita ROS dan telah mengariskan beberapa perkara penting untuk kita jenguk bersama.

Mat Maslan kata, sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan UMNO untuk meminda Perlembagaan parti  maka itu bermakna, menangguhkan pemilihan. Kalau ini berlaku, ia akan melemahkan parti.

UMNO akan berhadapan dengan masalah besar jika terpaksa adakan Pemilihan dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Hancur leburlah UMNO kerana akan berlaku perpecahan dalam parti.

Mat Maslan juga kata, jika pemilihan parti diadakan dahulu sebelum PRU15, ia akan memberi kesan negatif terhadap kekuatan UMNO.

DATUK Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung UMNO, sempoi dengan pisang goreng yang mungkin digoreng menggunakan minyak masak paket.

Seterusnya Mat Maslan juga kata, Menteri KDN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (juga merupakan Setiausaha Agong PPBM atau BERSATU) mengetahui perkara ini, tentunya Hamzah akan membantu, menolong UMNO untuk memastikan UMNO kukuh sebelum PRU15.

Mat Maslan juga kata, ROS harus buat keputusan secara profesional dan MCA juga sudah diluluskan pindaan Perlembagaan mereka awal-awal Covid 19 menyerang.

Mat Maslan juga kata, sekiranya keputusan ROS tidak memihak kepada UMNO, UMNO sudah bersedia dengan Jadual Pemilihan. Iaitu bermula September hingga Disember 2022, tahun ini, Persidangan Cawangan pada bulan September.

Persidangan untuk 191 Bahagian UMNO pada bulan November dan Perhimpunan Agong UMNO pada Disember 2022 atau hujung tahun ini.

UMNO buat pindaan terhadap Perlembagaan parti bagi menangguhkan pemilihan parti untuk tempoh 18 bulan atau tidak melebihi 6 bulan selepas PRU15.

PERSOALANNYA:

Ahmad Maslan mungkin tidar sedar bahawa Parti MCA meminda Perlembagaan mereka awal-awal dan bukan ketika mereka berada dalam keadaan Jawatankuasa Caretaker.

Parti MCA juga tidak mengambil sebarang Option lagi untuk memanjang hayat Jawatankuasa Central Committee mereka.

Berbeza denga UMNO.

Parti UMNO telah ambil Option Pertama iaitu memanjangkan hayat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selama 18 bulan.

Takkan UMNO mahu mengambil Option Kedua, memanjangkan lagi hayat MKT UMNO tambahan kpd. tidak melebihi 6 bulan selepas PRU 15.

Kenyataan Ahmad Maslan di wawancara tersebut adalah tidak tepat dan terkhilaf.

Persoalan Kedua, Mat Maslan juga kata Hamzah Zainuddin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Agong PBBM mengetahui masalah UMNO ini.

Dan pasti Hamzah akan memastikan UMNO dibantu dan ditolong untuk mengukuhkan kedudukan UMNO sebelum PRU15.

Apa pertanyaan yang perlu ditanya kepada Mat Maslan ialah mana mungkin Mat membuat kenyataan dan andaian begitu terhadap Hamzah Zainuddin.

Semenjak Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor, UMNO mengambil pendirian untuk pergi solo dan bermusuhan dengan PPBM.

Mana mungkin sekarang Mat Maslan meminta bantuan daripada Setiausaha Agong PPBM untuk membantu mengukuhkan UMNO sebelum PRU15.

Di Perak, Kerajaan Negeri pimpinan Timbalan Presiden PPBM pun ditumbangkan oleh UMNO.

Di Negeri Melaka dan Johor, UMNO bolot semua jawatan EXCO Kerajaan Negeri.

Parti PPBM (BERSATU) sudah dipinggirkan oleh UMNO di Melaka dan Johor.

Mana mungkin ketika Mat Maslan, Setiausaha Agong UMNO berada dalam keadaan tersepit mahu meminta pertolongan daripada Setiausaha Agong parti BERSATU.

Yang Mat Maslan boleh meminta tolong adalah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin parti UMNO sahaja.

ADUH. KESIAN TENGOK. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button