Nasionalpilihan

Waris Generasi Ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Kembali Berpijak Di Bumi Langkawi!

Waris generasi ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi yang juga dikenali sebagai Thainya Sirintra Yayee atau Nong May tular dalam media sosial apabila dilihat kembali melawat bumi Langkawi.

Mengikut lagenda, kelahiran Wan Aishah sebagai waris generasi ketujuh Mahsuri menjadi penamat kepada kesengsaraan bumi Langkawi setelah leluhurnya pernah difitnah dan dibunuh.

Akibat fitnah dan doa orang yang teraniaya, bumi Langkawi melalui zaman yang gersang ibarat padang jarak padang terkukur dan kesan-kesan peninggalannya masih kekal sehingga hari ini.

Biar pun Wan Aishah, 37, sudah bergelar isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata, kehadirannya menimbulkan rasa teruja dalam kalangan generasi muda kerana dapat melihat kecantikan yang diwarisi daripada moyangnya.

Dengan rupa paras yang cantik, para netizen cuba meletakkan bayangan wajah Mahsuri dan masing-masing berpendapat kecantikan lagenda Mahsuri suatu ketika dahulu bukan sekadar dongeng.

Terdahulu, berita penemuan Wan Aishah selaku waris generasi ketujuh daripada keturunan Mahsuri dan menetap di Phuket Thailand pernah gemparkan Malaysia serta Thailand.

Wan Aishah pernah mengunjungi Langkawi kali pertama pada tahun 2000 sempena ulang tahun ke-10 Lembaga Pembangunan Langkawi dan sejak daripada itu, namanya subur bersama kecantikan Mahsuri!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button