Hiburanpilihan

Tanggung Kerugian RM50,000, DJ Lin Kecewa Dengan Tindakan Fizi Ali Saat-Saat Akhir!

Desas-desus Johan dan Fizi berhijrah ke tempat baharu akhirnya jelas terjawab apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran tampil mendedahkan tiada isu ‘curi’ penyampai radio.

Ujar Nazri, perbincangan bersama Johan yang bertugas di stesen radio Era FM manakala Fizi menjadi penyampai di Suria FM dibuat selepas kontrak mereka tamat dengan majikan lalu.

Rata-rata pengikut Johan dan Fizi terkejut apabila mereka berdua meninggalkan konti masing-masing namun difahamkan tindakan itu dibuat kerana wujud tawaran yang lebih bagus berbanding stesen sebelum ini.

Bagi Pengurus Besar dan juga penyampai radio popular Suria FM, DJ Lin, dia antara yang terkilan dengan tindakan Fizi kerana meninggalkan stesen radio tersebut pada saat-saat akhir.

Kongsi DJ Lin, disebabkan perkara itu, dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM50,000 kerana Suria Fm sudah merancang lebih awal untuk mengadakan acara jelajah Suria di beberapa buah negeri.


“Di Suria FM, kami menerapkan nilai kekeluargaan dan ia sangat penting. Jadi bila sebut mengenai kekeluargaan ia membabitkan kerja berpasukan dan saling hormat antara satu sama lain. Ahli keluarga tidak akan menyakiti ahli keluarga yang lain.

Bagi saya, orang dah nak pergi dan sudah tiada hati, jangan tahan.  Cuma saya kesal apabila segala perancangan untuk tempuhi tinjauan kajian radio pada bulan September dan Oktober serta program jelajah serta material untuk platform digital untuk sokong kempen ini terpaksa dirombak dan dilakukan semula,” ujarnya.

Di Hot FM, Johan atau nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 38, bakal bergandingan dengan Fara Fauzana dan AG dalam segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin disatukan dengan Fad mengendalikan segmen Hot FM Sembang Squad pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3 petang hingga 7 malam.

(Visited 140 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button