Nasional

Warga emas maut, bumbung dapur runtuh tiba-tiba

MALANG tidak berbau. Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun menemui ajalnya kerana terperangkap di bawah runtuhan dapur rumah yang didiaminya, runtuh secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku di Lorong Teruntum 2 Wawasan Jaya, Kampung Semariang Batu, Kuching, Sarawak pada pukul 7.25 pagi tadi.

Memetik laporan BERNAMA, mangsa dikenali sebagai Hajijah Mahtar disahkan meninggal dunia oleh Jabatan Kesihatan ekoran kecederaan teruk di bahagian kepala dan badannya.

Menurut Pusat Gerakan Bomba Sarawak, pihaknya mendapati, punca kejadian bumbung bahagian dapur itu runtuh kerana struktur rumah berkenaan dalam keadaan terlalu usang.“Rumah itu adalah jenis struktur tidak kekal berukuran 30 kaki x 15 kaki (9 x 4.6 meter) dan dianggarkan telah runtuh 30 peratus pada bahagian dapur.

”Kejadian dipercayai berlaku kerana struktur rumah yang usang,” kata Pusat Gerakan itu dalam satu kenyataan.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Petra Jaya diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Awang Affendi Awang Daud terlibat dalam operasi mengeluarkan warga emas itu dari runtuhan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button