fbpx
Ekonomi

PKP: Pusat servis terpilih UMW Toyota Motor akan dibuka semula

SUSULAN lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac lalu sehingga 28 April 2020, MITI telah memberi kebenaran kepada syarikat automotif untuk menyambung semula perkhidmatan lepas jualan di cawangan terpilih.

Sehubungan itu, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membuka semula pusat servis rasmi Toyota terpilih dan akan memulakan operasi cawangan servis terpilih untuk kecemasan dan keperluan servis segera, dalam kapasiti minima.

Perkhidmatan kepada pelanggan adalah berdasarkan temujanji sahaja dan perlu menghubungi pusat servis terdekat untuk mengesahkan pusat servis berkenaan telah mula beroperasi dan seterusnya menetapkan temujanji yang sesuai sebelum pergi ke premis.

Pelanggan juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi PKP ketika dalam perjalanan.

Presiden UMW Toyota Motor, K. Ravindran dalam kenyataan medianya hari ini berkata, segala usaha akan diambil untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pelanggan ketika mereka berada di pusat servis.


“Ini terutamanya dalam menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter atau lebih akan di amalkan bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan virus,” katanya.

Berkenaan semua kenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi dengan tempoh jaminan sah yang berakhir dalam tempoh PKP, lanjutan 30 hari akan diberikan bermula dari hari terakhir PKP dilaksanakan nanti.

Syarikat juga akan terus menyediakan sokongan serta bantuan kepada semua pelanggan yang mempunyai sebarang kecemasan atau pertanyaan sepanjang tempoh PKP melalui talian hotline sedia ada.

Pelanggan boleh menghubungi nombor-nombor seperti yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut:

Pertanyaan dan bantuan umum

*Isnin-Jumaat, 8 pagi – 7 malam 1800-8-TOYOTA (869682)

Hotline tambahan

*Isnin-Jumaat, 8 pagi – 7 malam

017-6278982

016-8696107

014-3335380

016-6332865

016-6387678

011-273 55039

Bantuan kecemasan 24 jam 1800-888-247

Emel sokongan pelanggan [email protected] – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button