Nasional

Pembantu pusat snooker ludah dalam lif didenda RM400

SEORANG Warga Emas yang dirakam meludah di dalam lif sehingga menyebabkan ketakutan terhadap orang awam berikutan penularan wabak Covid-19 didenda sebanyak RM400.

Ang Hock Beng, 63, dikenakan denda tersebut selepas mengaku bersalah di hadapan Majestret Nur Azzuin Abdul Moati hari ini.

Beliau melakukan kesalahan tersebut di apartmen Melur di Sungai Ara pada pukul 11.45 pagi  pada 15 Mac lepas dan menyebabkan situasi panik terhadap penghuni bangunan tersebut.

Pembantu pusat snooker itu didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400 jika sabit kesalahan.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button