Nasional

Warga asing langgar SOP, berkumpul dan buat jamuan makan

POLIS menahan lelaki warga Myanmar kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan berkumpul dan mengadakan jamuan makan di Kajang, hari ini.

Video tersebut sebelum itu tular di laman sosial dan yang memaparkan seorang lelaki merakam dan menghalau lebih 10 lelaki dipercayai warga asing yang sedang menikmati jamuan makan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya meneliti rakaman video tersebut.

“Satu pasukan digerakkan untuk mengesan lokasi serta membuat siasatan di mana kita berjaya mengesan kejadian tersebut berlaku di dalam kawasan Sg Sekamat, Kajang.

“Kita juga menahan seorang lelaki warga Myanmar yang mengaku mengadakan jamuan makan tersebut pada kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohd. Zaid, pihaknya telah membuat keras siasatan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Pihaknya juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang hadir ke jamuan tersebut seperti yang tular di laman sosial.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kajang, atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Zazali Kenek (019-2990062). -SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button