Hiburan

Wanna Ali bakal menantu Sheila Rusly?

SUDAH sediakan pop corn atau kuaci untuk sama-sama melihat sejauh mana hubungan ‘kawan rapat’ di antara pelakon wanita, Wanna Ali dengan anak produser, pelakon, pengacara Sheila Rusly, Uzair Haqimi, kekal sebagai ‘kawan rapat’.

Satu kelaziman yang ada dalam golongan artis ialah menafikan kisah percintaan mereka dengan alasan, mahukan privasi dan dalam hubungan Wanna dengan Uzair, Wanna lebih selesa memilih istilah ‘kawan rapat’.

Berkawan rapat selama setahun, mungkin itu memberi bayangan Wanna berpotensi sebagai calon menantu Sheila Rusly?

Sekadar satu pertanyaan kerana Wanna yang berusia 23 tahun mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk membuat andaian bercinta kerana usia perkenalannya dengan Uzair.

Pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa memberitahu, hubungan berkawan rapat dengan Uzair atas dasar ibu masing-masing berada dalam lingkungan yang sama.

“Kita berkawan rapat sebab kedua-dua ibu kami dalam industri yang sama dan tiada apa-apa yang serius pun. Kami pula masih muda.

“Saya pernah menjalani penggambaran untuk drama bersiri JS Pictures dan kawan-kawan abang saya pun adalah kawan-kawan Uzair. Jadi, keraplah lepak bersama-sama,” katanya.

Jawapan lazim yang dilontarkan Wanna, mereka mahu memberi tumpuan kepada karier masing-masing daripada memikirkan soal cinta di usia muda.

“Dia pun muda saya pun muda, terlalu awal untuk ke fasa seterusnya dan tidak pernah ada unsur-unsur bercinta pun lagi,” tambahnya.

Ada Apa Dengan Dosa ialah filem terbitan Pencil Pictures & Records, turut membariskan pelakon seperti Ashraf Muslim, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun. – SUMBER ASTRO GEMPAK -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button