Nasional

Perkampungan air terbakar: Guna perahu selamatkan diri, keluarga, jiran

TERPAKSA menyelamatkan diri menggunakan perahu untuk mengelak daripada terperangkap dalam kebakaran.

Itulah yang dilakukan oleh penghuni perkampungan atas air Kampung Sri Aman, Sarawak selepas kira-kira 40 buah rumah terlibat dalam kebakaran.

Seorang daripada mangsa, Abd. Azis Andi, 40, berkata, tindakan itu diambil secara spontan demi keluarganya selepas mereka semua terasa bahang api yang makin marak.

“Kebetulan air memang tengah pasang, jadi saya terus bertindak melarikan keluarga menggunakan perahu ke darat.

“Saya turut membantu menyelamatkan jiran lain yang terperangkap bersama kira-kira 20 perahu yang lain,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.33 pagi itu, 40 buah rumah musnah terbakar dengan 273 mangsa termasuk 31 mangsa bukan warganegara, hilang tempat tinggal.

Seramai 24 anggota bersama dua jentera FRT, lori tangki air serta dua jentera EMRS bergegas ke lokasi kejadian dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 5.01 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – BERNAMA

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button