Nasional
Wanita warga Thailand ditemukan maut dipercayai ditembak
Mayat seorang wanita warga Thailand dipercayai ditembak ditemui di kawasan Durian Burung, Padang Terap, pada Sabtu.
Mayat wanita dalam lingkungan usia 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Seperitendan Mulkiaman Manzar ketika mengesahkan kejadian berkata, polis menerima laporan berhubung perkara itu pada pukul 7 petang semalam.
“Sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan di badan.
“Hasil siasatan, wanita terbabit dipercayai warga Thailand. Namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya seperti yang dipetik dari Astro Awani.