Hiburan

Ashraf, Bunga: Air mata ‘Wanita Terbahagia’

PEMERGIAN Allahyarham Ashraf Sinclair sememangnya mengundang hiba terutama isterinya Bunga Citra Lestari.

Apatah lagi ketika ini sebahagian besar peminat industri hiburan masih belum terpujuk hatinya selepas kehilangan selebriti Allahyarham Abam Bocey.

Namun pasti lebih hiba apabila lagu ‘Wanita Terbahagia’ kini dimainkan semula peminat-peminat pasangan ‘pengikat’ Malaysia dan Indonesia itu.

Peminat kedua-dua negara menzahirkan kedukaan apabila mereka memutar semula lagu tersebut di laman Youtube.

“Saya menangis, dahulu main lagu ini setiap hari. Bayangkan dia (Bunga) cipta lagu ini untuk suaminya. Tetapi kini Ashraf sudah pergi,” luah Najiha Alya.

[BACA ARTIKEL] Pemergian Ashraf: Para peminat turut bersedih dan doakan BCL serta Noah tabah — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Ashraf Sinclair seorang dermawan terutama untuk rumah anak-anak yatim — Suara Merdeka

“Saya terus ke sini selepas mendengar berita. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. Saya membesar dengan menonton dramanya,” kata Angie Rennie.

Sementara itu, peminat-peminat juga memahami keperitan dan kesedihan yang dialami Bunga sekarang.

Mereka tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan figura Indonesia itu apabila lagunya dimainkan.

“Tak boleh bayangkan nanti Bunga bakal mendengar apatah lagi menyanyikan lagu seperti Wanita Terbahagia, Keluarga Bahagia, Cinta Sejati dan lain-lain lagi,” kata Syah Nazmi.

“Penghayatan lagu ini pasti berbeza sekarang. Semoga terus kuat Bunga dan keluarga. Cintanya akan selalu ada dan lagu ini adalah bukti,” ucap bul_nomars.

Ashraf, Bunga dirikan rumah tangga

Bunga yang namanya kerap diakronim peminat sebagai BCL mendedikasikan lagu ‘Wanita Terbahagia’ pada 2016 khas buat suaminya, Ashraf.

Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada November 2008 selepas percintaannya mencetuskan kontroversi pada 2007.

Hasil perkahwinan, Ashraf dan Bunga dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan yang dilahirkan pada tahun 2010.

[BACA ARTIKEL] Ashraf Sinclair, suami BCL meninggal dunia — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Abam Bocey meninggal dunia — Suara Merdeka

Namun, jodoh mereka tidak lama, selepas hampir 12 tahun menyulam cinta dalam rumah tangga, Ashraf akhirnya meninggalkan Bunga dan Noah selepas terkena serangan jantung ketika sedang tidur.

Allahyarham yang berusia 40 tahun itu meninggal dunia pada pukul 4.51 pagi di Jakarta, Indonesia dan dikebumikan di Sandiego Hills pada pukul 8.00 pagi. – SM

(Visited 966 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button