Nasionalpilihan

Wanita ‘sosial eskperimen’ dah kena tahan

WANITA yang memuat naik status melakukan eksperimen dengan makan di sebuah restoran tanpa melengkapkan dua dos suntikan vaksin telah ditahan polis.

Wanita berusia 35 dan suaminya, 36 tahun itu ditahan di rumah mereka di Bandar Putera 2, Klang kira-kira pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, pasangan itu ditahan susulan laporan yang diterima berhubung satu muat naik di akaun Facebook bernama Mujaheeda Soleha

“Perkongsian pemilik akaun itu turut mendatangkan ketakutan kepada orang awam.

“Mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas polis mengambil keterangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Shamsul Amar, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian sebagai usaha bersama membendung penularan wabak COVID-19.

Semalam, kecoh di media sosial berkenaan status Facebook yang dipercayai milik wanita berkenaan yang makan di sebuah restoran bersama anaknya tanpa melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Tindakan yang disifatkan sebagai sosial eksperimen oleh wanita itu bagaimanapun mendapat kecaman netizen kerana memberi risiko kepada individu lain. -SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button