Nasional

Wanita Rohingya cedera dalam kebakaran di Pasar Borong Kuala Lumpur

SEORANG wanita Rohingya cedera selepas terperangkap dalam kebakaran di kedai buah-buahan di Pasar Borong Kuala Lumpur, petang tadi.

Komander Operasi, Mohd Rizuan Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.53 petang tadi.

“Kebakaran melibatkan kedai buah-buahan di tingkat bawah bangunan 3 tingkat dan terbakar hampir 100 peratus.

“Terdapat seorang wanita berusia 38 tahun warganegara Myamar (Etnik Rohingya) terperangkap di tingkat dua bangunan.

“Mangsa telah berjaya di selamatkan oleh anggota bomba kira-kira pukul 6.40 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rizuan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan melecur serta dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Ujarnya, kebakaran berjaya dikawal bomba daripada merebak ke bangunan bersebelahan kira-kira pukul 6.44 petang dan padam sepenuhnya pada 7.24 petang.

Jelasnya, 53 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Gombak Selatan, Sri Hartamas, Sentul dan Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian.

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan. – SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button