Negeri

Wanita perlu bangkit bersama majukan negara – Raja Puan Muda Perlis

Kaum wanita diharap akan terus bangkit untuk saling melengkapi kaum lelaki dengan sama-sama berusaha memartabatkan negeri dan negara agar kekal teguh dan perkasa di mata dunia.

Demikian titah saranan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ketika berkenan merasmikan ”Penutupan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) – ’Women In Search of Excellence’ bertajuk Pemerkasaan Wanita Dalam Sektor Kesukanan” yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama YTF dan Unit Perkhidmatan OKU (UPO) UiTM pada petang semalam.

Tuanku Raja Puan Muda selaku Pengerusi YTF juga menitahkan bahawa tahun 2021 yang lalu amat membanggakan apabila menyaksikan golongan wanita merupakan tonggak utama dalam pembangunan sukan masa kini. Sebagai contoh, penyertaan kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo, mencatat sejarah tersendiri apabila 60% atau 18 daripada 30 atlet yang layak, adalah atlet wanita.

Antara ahli-ahli panel yang diundang bagi berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan dalam webinar bulanan YTF Edisi ke 5 pada kali ini adalah Bekas Jaguh Heptathlon Negara Datuk Zaiton Othman, Bekas Ratu Trek Negara Datuk Marina Chin serta Bekas Penembak Paralimpik Malaysia Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi. Juga, tiga orang atlet Negara sekarang terdiri daripada Juni Karimah Noor Jamali (Perahu Layar), Nur Suryani Mohamed Taini (Menembak) dan Anis Amira Rosidi yang berasal dari Perlis (Keirin Berbasikal).

Majlis perasmian pembukaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Penasihat DiRaja Yayasan Tuanku Fauziah di awal program tersebut.

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button