Luar Negara

Wanita hamil maut akibat rambut berpintal di dalam mesin

SEORANG wanita berusia 21 tahun bernasib malang kerana meninggal dunia selepas bahagian kulit kepalanya tercabut akibat rambutnya yang tersangkut pada mesin.

Menurut laporan New York Post, wanita itu, Umida Nazarova hadir ke sesi temu duga kerja di sebuah kilang di Belarus di mana tempat kejadian berlaku.

East2West News pula melaporkan, Nazarova yang hamil tujuh minggu telah memohon pekerjaan di kilang Svarmet di Borisov iaitu sebuah kilang yang menghasilkan wayar kimpalan dan elektrod.

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Olga berkata, rambut anaknya tersangkut pada salah satu mesin perindustrian ketika dibawa meninjau ke sekitar kawasan kilang.

“Rambutnya melilit leher dan ‘tertarik’ ke dalam mesin.

“Seandainya kulit kepalanya tidak tersabut, dia akan ‘tercekik’ kerana rambutnya sendiri,” katanya.

Tambahnya, awal-awal lagi pihak kilang sepatutnya memberi sesuatu untuk menutup kepala anaknya memandangkan rambut mangsa yang panjang.

Selain itu, Jawatankuasa Penyiasatan Belarus mengatakan bahawa ketika kejadian, seorang pekerja menunjukkan Nazarova bagaimana peralatan itu beroperasi.

Menurutnya, individu itu berhenti seketika untuk membuat rekod dalam daftar.

“Sebaik pekerja itu menoleh ke belakang, dia melihat mangsa sudah terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rambutnya pula berpintal di dalam mesin,” katanya.

Susulan kejadian itu, seorang pegawai kilang dijatuhi hukuman kerana gagal menjalankan tugas, tidak jujur dan cuai sehingga menyebabkan kematian. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button