Wanita ditahan kerana menjilat barangan di pasar raya
SEORANG wanita berusia 53 tahun ditahan Jabatan Polis South Lake Tahoe, Los Angeles (LA) gara-gara menjilat pelbagai barangan di sebuah pasar raya.
Perangai pelik wanita tersebut dilihat oleh kakitangan pasar raya berkenaan.
Menurut jurucakap polis, ketika pasukannya tiba di pasar raya berkenaan, mereka diberitahu, wanita berkenaan meletak beberapa barangan kemas di atas tangan sebelum menjilatnya.
“Dia kemudian memasukkan pelbagai barangan runcit lain termasuk daging dan minuman keras ke dalam troli.
“Siasatan polis mendapati dia tidak berhasrat membeli semua barangan terbabit,” katanya.
Memetik sumber laporan ASTRO Awani, difahamkan, kebanyakan barangan runcit itu turut dijilat oleh wanita itu.
Dia kemudiannya ditahan atas kesalahan jenayah vandalisme dan barangan yang berada di dalam trolinya bernilai hampir RM8,000, terpaksa dimusnahkan kerana sudah tercemar. – SM